Get to know the latest happenings in town. Follow senseshares!

Thursday, December 7, 2017

6 Cuti Panjang Bagi Tahun 2018


Kerajaan Malaysia telah mengumumkan cuti umum bagi tahun 2018. Terdapat 18 atau 19 cuti umum seluruh negara dan cuti umum bagi negeri-negeri masing-masing. 

Bagi tahun 2018, terdapat 6 cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat, Ahad atau Isnin. Ini bermaksud anda boleh menikmati sekurang-kurangnya 3 hari cuti berturut-turut. 

6 cuti umum yang jatuh pada Jumaat, Ahad atau Isnin:
  • 1 Januari (Isnin) - Cuti Tahun Baru
  • 16 Februari (Jumaat) - Cuti Tahun Baru Cina (Hari Pertama)
  • 17 Februari (Sabtu)- Cuti Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
  • 15 Jun (Jumaat)- Cuti Hari Raya Aidilfitri (Hari Pertama)
  • 16 Jun (Sabtu) -Cuti Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)
  • 31 Ogos (Jumaat) -Cuti Hari Kebangsaan
  • 9 September (Ahad) -Cuti Hari Keputeraan YDP Agong (Cuti ganti pada Hari Isnin)
  • 16 September (Ahad) -Cuti Hari Malaysia (Cuti ganti pada Hari Isnin) 


Yang disenarai di atas hanyalah cuti umum bagi seluruh negara, negeri masing-masing ada cuti tertentu seperti Johor , Hari Keputeraan Sultan Johor jatuh pada 23 Mac (Jumaat) , rakyat di negeri Johor boleh menikmati 3 hari cuti berturut-turut. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar jatuh pada 15 Oktober (Isnin), jadi sektor swasta juga akan ada 3 hari cuti.


No comments:

Post a Comment